Isnin, 6 Jun 2016

Jangan Mudah Percaya

SELAMAT PAGI SEMUA,
Pagi ini saya ingin berkongsi kisah saya pernah dikhianat oleh kawan karib saya. Saya tidak berdendam dgnnya lgi walaupon sudah bertahun kami x jumpa , tetapi pengalaman ini telah menjadikan saya seseorg yg lbih berani. Jom BACA :) .



Ketika saya berusia 7 tahun , saya mempunyai seorg kawan karib. Saya mempercayai dia lbih drpd mempercayai diri sndiri. Siapa sangka , setelah terlebih mempercayai dia , dia pula mempergunakan saya. Pada suatu hari , dia membawa saya ke tandas. Disana, terdapat lebih kurg 3 org kawannya yang lain. Mereka mengajak saya menconteng pintu tandas. Saya tidak lakukan tetapi saya mencegah diorg. 3 hari selepas itu , sekolah saya mengadakan perhimpunan secara mengejut. Rupa2nya ada murid yang telah membuat aduan tentang hal tersebut. Tiba2 saja semua kwn2 sekelas saya berpaling kearah saya! Saya orang pertama yg naik ke pentas memandangkan semua org mengecam saya. Saya yg memanggil org2 yg melakukan perkara tersebut. Kami berdiri di hdpn khalayak ramai dan dirotan. Apabila saya ingin menegakkan hal yg sebenar , guru disiplin merotan saya buat kali ke-2. Tak adil! Memang tak adil! Bukan saya yg bersalah tetapi saya yg kena. Sejak dari hari itu , saya dan kwn karib saya tidak lgi bersembg mahupun betentang mata. Sekarang , saya sendiri tidak tahu dimana dirinya. Saya pun sudah menjadi org yg tidak terlalu mempercayai org lain. Percaya memang penting di dalam sesebuah hubungan , tidak kira apa jua jenis hubungan tersebut. Tetapi kita perlu berwaspada kerana tidak semua org boleh dipercayai dan jgn terlalu mudah mempercayai seseorg kerana perbuatan kita itu akan menyebabkan diri sendiri terluka. Saya bukan menghalang pembaca drpd mempercayai seseorg. Tidak salah jika kita mempercayai org , tetapi jgn mempercayainya secara berlebihan. Jadi kesimpulan saya , dia bukanlah kawan yang baik untuk saya. Ingatlah kata2 ini , seseorang hadir kedalam hidup kita ada 2 sebab :
1) Dia hadir untuk mengubah kita.
2) Dia hadir agar kita mengubah dia.
Sekian , terima kasih.
#senyum_selalu
#maaf_jika_ada_yang_terasa
#saya_tak_tujukan_ini_pada_sesiapa
#umum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan